Wednesday, 2 November 2011

what's on....

Salam


hye guys. Wahhhhh almost 2 months tak isi blog ni. Im so sorry because quite bz to prepare my final exam on my FINAL SEMESTER. Now, im feeling so happy because done my diploma. Another 20 days to enter the next chapter of my life. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. 

Honestly, skrg ni maybe dah kurang skit tahap depresi berat. Hahaha, well it work even take times gak. Memang susah nak lupakan dier, apa lagi bulan november ni. Terimbas kembali semua kenangan yang terjadi november tahun lepas. Memang manis sgt, tapi it's ok lah. Semua benda dah lepas. Dah tak boleh buat ape pun kan. Now focussssss!!!! NEW LIFE. hahaha. 



Friday, 19 August 2011

malam lailatul qadar

salam

Hye guys, salam ramadhan al mubarak. Dah lama tak entry kat sini, im sorry because a quite buzy la lately nih. Bila cakap pasal malam lailatul qadar, mesti ada yang telah menantikannya sejak lama kan. Maklumlah, malam yang lebih baik dari malam-malam sebelumnya. Dan saya pun sedang menanti kehadiran malam lailatul qadar ni dan harapan saya agar diri saya menjadi lebih baik dari malam-malam sebelumnya.Amin..



LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Thursday, 11 August 2011

2 weeks

salam

Hey guys, Yeah, almost '' 2 weeks '' tak bersua kan. Urm, sebab focus ngan my mid term and now adelah masa relax and i still have another 2 months for my upcoming final and i will complete my diploma. InsyaAllah. weeewwwwwww! >.< memang penat sgt mid term kali ni sebab tgh demam. Tapi alhamdulillah, saya puas hati jawab 5 paper ni even x la confident sgt pun. Takut pulak nanti bila over-confident x dpt result yang baik memang hampa kan. hehe

Okaylah, paper last adalah hari jumaat lepas. Then lepas je paper, saya ikut kakak Ima balik kampung kat Bentong Pahang. Memang tak dirancang pun, tpi mungkin ini lah masa nak relaxkan badan. Malangnya baru semalam kat sana, dah kena demam balik and demam kali ni adalah demam paling teruk dalam sejarah hidup. Mana tak nyer, suhu badan sampai 39 darjah, dengupan jantung sangat kuat sampaikan bacaan tekanan darah pun tak dapat nak ukur. Doctor pun dah pelik, akhirnya ambik ujian darah sampai 2 kali. Hasil result menyatakan, sel darah putih dalam badan sangat tinggi. Lepas tu kena masukkan air pula satu tiub. Time tu, Ya Allah! fikiran sampai dah tak tentu arah, risau ada penyakit lain pulak. Then, untuk result darah beberapa hari kemudian, alhamdulillah sel darah putih dah normal. syukur sgt2. 

SELAMA BERADA DI BENTONG, PAHANG.

4 hari berada di bentong memang tak puas. Bersama keluarga kak Ima yang sporting termasuk mak cikdan pak cik. Memang sedikit pelik sebab keluarga mereka yang agak besar dengan bilangan adik beradik seramai 10 orang, terdiri dari 9 perempuan dan seorang anak lelaki bongsu. Begitu contrast dengan bilangan adik beradik saya yang hanya ada 2 orang. Suasana riuh ketika berbuka memang terasa asing bagi  saya. Maklumlah, anggota keluarga saya yang hanya 4 orang. Memang sangat best berada disana. Hati pun tersentuh bila lihat wajah mak cik dan pakcik, teringat kat mama dan ayah saya kat umah. Rindu rasanya, hampir setahun tak balik ke kampung halaman. Apetah Sambutan Raya kali ini pun saya tidak bersama keluarga. Sedikit terkilan, tapi just think positive. Ini semua pengorbanan, dan bukan saya seorang yang mengalami tetapi mungkin banyak lagi di luar sana.

p/s: terima kasih untuk keluarga kak Ima yang telah melayan karenah saya yang tengah demam selama 4 hari. Pengalaman ini memang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Malam ini kena packing barang pulak, ada kerja menanti untuk 3 hari. Ya Allah, semoga engkau memberi aku kekuatan untuk dapat menjayakan program esok dan seterusnya. Amin.

Saturday, 30 July 2011

salam ramadhan

salam


Hye Guys, Ramadhan datang Lagi. X rasa erk pejam celik seok dah masuk bulam puasa, alhamdulillah. Apa Keistimewaan bulan puasa bagi korang? Mesti pasal makanan kat bazaar ramadhan yang bermacam-macam jenis kan?  Ingat ye kengkawan, jangan sampai berlaku pembaziran sebab tu la kena kawal nafsu masa nak membeli juadah untuk berbuka puasa. ( pesanan untuk diri sendiri juga, hihi ;)  ) 

Okaylah, Ramadhan kali ni as usual saya sorang2 kat perantauan ini. Yang pasti, bulan ramadhan kali ini bererti buat saya sebab ni la masa saya untuk menyucikan dan berfikir apa yang dah saya lakukan sepanjang tahun ini. Mungkin ni la masa untuk saya mengimbas kembali perbuatan yang dah saya buat. 

Pesanan saya, untuk orang yg saya pernah zalimi, maafkanlah perbuatan saya. Saya mungkin hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahandi muka bumi. Tak lupa juga untuk ibu bapa saya, maafkan anakmu ini. :(

Klah guys, Selama menjalani ibadah puasa. Puasa esok adalah hari permulaan midterm saya. Doakan kejayaan saya. thnx guys. :)

Friday, 29 July 2011

okayyy, ready or not ? ?

salam.

Hey guys. how are you? how many days yeah i didn't post any entry. Sorry yeah, just got fever and sampai sekarang x sembuh2 lagi. And the most important thing is next week is my midterms.OMG!!! i didn't finish cover all the chapter. How yeah??????

Oh my fever, please get out from my body. I need to concentrate to my midterms!! Oh God, Please help me =_=.


Okay guys, wish me luck for my MIDTERM. Hope everything will be fine. AMIN.

Tuesday, 19 July 2011

ermmmmm... :(

salam kengkawan.

fuhhhh, agak lame x update blog ni kan kengkawan. Sorry, i quite buzy about my campus life, my work and also my personal problem. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa! memang tension la derrr. Apatah lagi bila terfikir pasal apa yang dah menimpa diri ni.

Huh, x nak banyak komen pasal my campus life or my work. I will be more focusing about my personal problem. Bukan maksud nak hebahkan atau aibkan diri, tapi at least i can share my own problem so i will be more comfortable and lega sebab dah luah kat page ni. Ye la, i didn't have any friend yang boleh jadi tempat luahan my personal problem. 

Actually, sekarang ni saya tak tahu what i have done before. Adakah betul atau salah keputusan yang saya ambil sampai semua orang yang saya sayang telah pergi meninggalkan saya. Yah, mungkin sulit bagi mereka menerima apa yang telah saya lakukan, sebab memang saya akui yang saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang melampaui batas sedangkan mereka menganggap dan memperlakukan saya sangat baik selama ini. Memang saya akui saya masih sayang mereka dan tak akan pernah padam sampai bila-bila even dorang dah pergi dari hidup saya.

Tangisan air mata mungkin tidak dapat mengembalikan mereka yang selama ini sentiasa berada di sebelah saya even dalam masa-masa kesusahan sekalipun. Ya Allah, mengapa saya boleh tergamak melukakai hati dan perasaan mereka ? Apa boleh buat, mungkin itu sahaja cara saya untuk menebus kesalahan saya yang selalu menyusahkan hidup mereka. Salah satu sebab saya buat ni semua ialah sebab saya sayang mereka. Tapi mungkin pepatah '' menyayangi tak semestinya memiliki '' even saya tahu betapa sakitnya bila ditinggalkan orang yang kita sayangi. 

Walau bagaimanapun, Saya seharusnya menerima perlakuan dan tindak balas mereka sebab inilah yang saya mahukan selama ni. Mungkin harapan untuk kembali dengan mereka agak sukar, tapi.................... hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya doa dari jauh, untuk orang yang saya sayangi.

Saya sayang korang semua abg use, abg ee, abg kamal, abg aboi and kak shiella. :( im sorry about what i have done to all of you.

p/s: happy birthday to abg kamal ( 20/July/2011 ). Semoga abg dilimpahkan rezeki dan diberi kesihatan oleh Allah S.W.T.

Thursday, 14 July 2011

perpisahan demi kebaikan

salam

Sumpah, sampai saat ini saya sangat kecewa dengan sikap saya yang dah buat orang terkilan. Maafkan, saya terpaksa buat ini semua demi kebaikan korang kelak. saya x nak dah korang menanggung derita yang saya bawa dalam kehidupan korang. Semua ni saya lakukan sebab saya sayang korang, korang adalah yang terbaik yang saya pernah temui di sini. Tapi mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk korang keluar dari kesusahan yang saya rasakan. Saya terima semua cacian dan makian yang korang luahkan kerana ianya memang patut saya terima. Walaupun saya tahu saya masih perlukan sokongan korang.

Maafkan semua kesalahan saya. :'(

....................

salam

Entah harus bagaimana saya nak luah dalam blog ni. Inilah yang patut saya terima setelah apa yang saya telah lakukan.Entah harus berapa orang lagi yang saya harus jadikan mangsa. Ya Allah, kenapa saya harus buat semua ni kepada mereka? kenapa masa saya buat tu saya x sedar apa yang akan terjadi kelak? 

x de gunanya saya menangis lagi. Air mata pun x mampu mengembalikan org2 yang saya sayang. Mungkin sudah takdir hidupku untuk mengecapi saat2 indah hanya dalam waktu yang sekejap bersama mereka. Kenapalah hidup saya penuh kesialan? Kenapa saya ni pembawa bala kepada orang-orang yang dekat dengan saya termasuk keluarga sendiri? Harus berapa banyak lagi orang yang akan menjadi mangsa saya? 

Harus brapa kali kata maaf untuk mereka yang telah saya sakiti. Ayah, Mak, Abg use, Abg Kamal, Abg Ee Kak Shilla, Abg Aboy...... maafkan saya. 

Friday, 1 July 2011

menangis lagi :'(

salam..

Ya Allah, tiba-tiba petang ni dapat message yang mengejutkan. Orang yang aku hormati dan sayangi masuk hospital sebab kena stroke and high blood pressure. Air mata pun jatuh tak tertahankan lagi. Aku bertanya pada diriku, mengapa aku harus mengalami cobaan yang begitu berat ? ? satu demi satu cobaan datang, tanpa belas kasihan. kalau ini memang telah digariskan olehNya dalam perjalanan hidupku, akan aku terima dengan redha. Untuk orang yang aku sayang, bertahanlah kerana kami ada disetiap saat. Walaupun aku jauh di sini, doakan tak akan pernah putus. 

maafkan saya :(


As I sit here I can see
Just what a mess I have made.
I didn’t mean it, I just want to talk
About what I feel and who for.

I have hurt you,
And that hurts me
Not knowing what I have done is worse
And just why you won’t talk.

All I can say is give me a chance
Tell me what’s up and why you won’t talk
I need to know just how you feel,
Why I’m a fool and always fuck up.

I really was thinking of asking you out
But the distance between us made me sad.
I want you to be closer,
So I can see you most days.

As it stands now it’s hard to talk
Never mind see each other or have a walk.
All I want is you closer to me,
So I can hold you and you hold me.

Thursday, 23 June 2011

Trip to Highland

Salam....

Hey guys, today im going to post about my trip to Cameron Highland, Pahang ( 07 - 08 May 2011 ). Sungguh sebuah trip yang menyeronokkan sebab trip kali ni melibatkan hampir semua coursemate saya. Let's see the picture. 


Location : Cameron Highland, Pahang
Date: 07 - 08 May 2011

 * breakfast at perhentian Tapah, masing2 kelaparan.

 * Hiking to Orang Asli village about 45 minit. 

 * view of Orang Asli village.

 * Sir Chandran, our lecturer ask some question to the kids.


 * Sabrina and Ayuni, the photographer

 * handling the game for kids.

 * alololololo, sabrina's pose. haha

 *at Bee's Farm, Cameron Highland ;)


 * Photo with sir Chandran and his wife

 * At Pasar Malam Tanah Rata, Cameron Highland



 * Lata Iskandar

 *nice view of Lata Iskandar, superb!

 * Dinner with buddies at Tomyam restaurant.



 * Night walk with buddies


  * At strawberry Farm

* Berjalan ke Bas..

Tuesday, 21 June 2011

making decision ? ?

salam.

Hey guys, good morning. Maybe sekarang ni ada yang tengah kerja or dalam kelas. Apepun, focus on your work and also for the student yeah. Just finished my the only one hour class for today and feel so sleepy. Nevermine, saya dah malas nak peluk bantal sebab mesti terlajak sampai ke petang. Bak kata orang tua-tua " bangun lambat, rezeki pun kurang ''.

Ok, talk about my topic today '' making decision ''. kebetulan semester ini adalah semester akhir saya sebagai seorang pelajar diploma in accountancy. Jadi, apa yang saya fikir ialah samaada nak kerja ataupun continue my study after complete my diploma. Its a hard decision yang harus saya pilih sebab ini adalah penentu masa depan saya kelak. 

Firstly, if i take decision to'' work ''. Adakah saya cukup layak untuk mejejakkan kaki ke alam pekerjaan? Inilah yang selalu berman di minda, adakah ijazah diploma yang saya miliki boleh mengubah masa depan saya? ? Bak kata orang '' rezeki orang berbeza-beza ''. 

Secondly, if i continue my '' study ''. Actually, accountancy is my second alternative course sebab susah nak cari university yang menawarkan pengajian in ARCHITECTURE yang terbaik kat Malaysia ni. And then, course pun mahal. Untuk diploma ni, alhamdulillah saya boleh focus subject ni. Tapi nanti bila pursuing my Bachelor, adakah saya still boleh ''angkat'' subject ni? ke saya nak pilih Bidang yang betul2 saya minat? 


[ sambung study or kerja??? ]

mereka. . . . . ? ?



Sungguh sebuah pertemuan yang tidak diduga dan ia merupakan awal dari kisah perjalananku sebagai seorang pelajar yang datang jauh dari seberang, pulau Borneo. Melangkah masuk ke zaman perkuliahan, sungguh suatu yang aku idam-idamkan sejak dari bangku sekolah lagi.  Apa yang berada dibenakku pada ketika itu ialah perasaan takut akan dibuli oleh senior seperti dalam drama-drama yang selalu ku tonton. Namun, aku rupanya berfikir terlalu jauh sebab apa yang terjadi padamu memang jauh dari apa yang aku bayangkan.

Sehinggalah pada suatu ketika, seorang senior mengajakku untuk menyertai suatu program orang asli yang sememangnya belum pernah aku dengar ataupun sertai sekalipun. Di sinilah bermulanya kisah aku dan para seniorku yang sangat aku sayangi. Sejak menyertai program itu, hidupku yang selama ini sunyi sepi berubah menjadi riuh. Hahahahaha, sungguh sesuatu yang tidak diduga kerana aku berkenalan dengan senior-senior yang sehingga kini aku anggap seperti kakak-kakak aku sendiri. Memang tidak dapat dinafikan, aku memang rapat dengan mereka mungkin kerana aku selalu meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Kisah kami memang beragam. Semuanya kami lalui bersama-sama bak sebuah keluarga. Sebuah 'proposal' untuk program orang asli yang perlu kami siapkan adalah punca segalanya. kami berkongsi pendapat dan juga pengalaman masing-masing. Inilah detik-detik yang manis dalam hidup aku yang tidak dapat diganti dengan bentuk  apapun termasuklah wang. Suka duka sehinggalah tangisan air mata kami kongsi bersama sehingga kami memahami sesama. Sungguh sesuatu yang aku sangat hargai dan selalu aku kenang sampai bila-bila. 

Mereka telah mewarnai kisah hidup aku dan mencontengnya dengan 'kenangan yang terindah'. Lakaran yang terhasil sesungguhnya terpahat di dalam hati dan akan aku pertahankan. Terima kasih kakak-kakak seniorku, maafkan jika ada tergores hati ataupun salah silap yg eco tidak sedar. Tak lupa juga atas segala pengalaman dan tunjuk ajar yang kakak berikan. 

new entry of my chapter

salam

hey guys, sorry dah lama tak update dalam my boggie. Bukan sibuk, tapi feel nak write on this boggie x de. hehehe..

By the way, this is my 2nd week of semester 5 which is my FINAL SEMESTER as a diploma in accountancy student. Wow, so excited and can't wait to finish this semester. hahahaha

Monday, 18 April 2011

simfoni kehidupan

setiap hembusan nafas,
adalah luahan kekesalan tentang apa yang tersirat,
rintihan sang hati yang pedih,
menahan segala kesakitan serta keperihan,
yang kian hari makin terluka bak dihiris pisau tumpul.

angin yang bertiup,
adalah bisikan tentang kehidupan,
mengalunkan nada bersifat egois dan terkadang membinasakan,
namun ianya bagaikan simfoni,
tentang perjalanan sebuah kehidupan.

ombak yang menghempas pantai,
bak menggambarkan sebuah rasa kekesalan,
kemarahan serta kebencian yang selama ini terpendam,
namun ia tidak semestinya dendam,
tetapi hanya gambaran tentang perasaan......





eco,
19 April 2011, 01:22 a.m
bandar sunway.

Saturday, 16 April 2011

''sedetik lebih''



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

'' Lirik lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang selalu merindui orang yang disayanginya. Setiap kata yang diuntai begitu kuat dan penuh dengan erti. Kekuatan cinta dan kasih sayang sangat jelas tersirat dalam lagu ini. sebab itulah lagu ini begitu bermakna bagi saya, ia menggambarkan betapa saya menyayangi seseorang yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap saat selalu terkenang, walhal dia ada selalu di dalam hati. Walaupun, saya selalu merindui masa perkenalan dulu tpi saya bahagia. Saya tidak akan pernah melupainya ataupun membencinya walaupun suatu saat dia akan membuang saya dari kehidupannya. Tak ada seorang pun yg mampu mengubah perasaan sayang saya walaupun nantinya saya akan menemui seseorang yang bakal mendampingi saya. Dia adalah yang ''terutama''...... ''

how long???

wow, dah lame x updated blog ni. yeah, bz to do revision for my semester 4 final exam.. and now, for my 2nd short semester mid term,,


wish me luck guys..

Wednesday, 23 February 2011

S.A.Y.A.N.G

salam....

Terkadang, apa yang tersirat di hati tidak mampu disebut dengan lidah. Begitu sukar untuk org lain menyelami apa yang kita rasa. Rasanya ingin sekali saya memberitatahu semua orang tentang perasaan yang saya alami, tentang sayangnya saya terhadap seseorang. Namun, selalu terfikir '' tidakkah ianya terlalu berlebihan???'' Rasa hati x puas jika orang lain x tahu betapa besarnya kasih sayang saya terhadap seseorang itu. Rasa kebahagiaan ini ingin dikongsikan kepada semua orang. 


Thursday, 17 February 2011

SEDIH ATAU BAHAGIA??????

ASSALAMUALAIKUM..

Hey GUYs'... Salam pertemuan. Ini ialah My new BLOG bagi menggantikan yg terdahulu, i can't sign in sbb ada org dah HACK my BLOG. But never mine.......  

Actually, i just want to share some of , hurm... maybe tentang apa yg saya rasa selama ni. X da tempat saya mengadu selain kat sini. Let's go to the topic. ''SEDIH ATAU BAHAGIA????'' what's on ur mind apabila tgk topic ni?????...

Topic tu merupakan rasa luahan saya sejak beberapa hari kebelakangan ini. In certain part, im happy, bahagia, But in certain part pulak, saya rasa sedih. Cerita yg sangat panjang jika saya tulis kat sini. Seseorang yang benar2 saya sayangi even saya dah tau yg dia telah memiliki org lain dan bahkan perhubungan mereka yg agak lama. Singkatnya, saya ni bak penganggu la kot yg tetibe masuk dalam kehidupan mereka. Begitu sering saya bercermin dan berkata pada diri sendiri '' tolonglah sedar. kau bukan siapa2 padanya. Dia dah ada org lain''... Sememangnya saya sedar dengan itu semua, dan saya mulai belajar untuk menerimanya dan alhamdulillah sedikit demi sedikit saya dapat melaluinya. 

Saya begitu menyayangi dirinya kerana dia hadir disaat saya benar2 membutuhkan sesorang untuk meluahkan segala permasalahan yang berlaku dalam hidup saya. Bukan hanya memberi nasihat, dia bahkan selalu menghibur. Sehingga suatu ketika, dia menghadapi masalah dengan orang yang dikasihinya. Saya hanya mampu menolongnya untuk kembali berbaik semula dengan org yg benar2 disayanginya. Namun, sifat negatif selalu terbayang pada ketika itu ialah '' kenapa saya harus menolongnya untuk berbaik semula dengan org yg dikasihinya?.. bukankah ini kesempatan saya untuk mendapatnya ?? ''''' KeEGOan pada pada masa itu mulai merasuki fikiran saya. Tapi saya berfikir betapa egonya saya kalau saya benar2 buat itu semua. Kesedihan yang dia rasakan seolah2 dapat saya rasakan jua. ya Allah, apa yang harus saya buat??? 

Walau pun rasa berat dan hampa, saya mulai memikirkan kebahagiaannya semata2 tanpa memikirkan perasaan saya sendiri. '''AHHHH, yang penting dia bahagia. InsyaAllah saya bahagia melihat dia tersenyum dah bahagia.'' Akhirnya, dia kembali ke pangkuan org yg benar2 disayanginya. Namun, perasaan cemburu mulai timbul. Ya Allah, kenapalah saya harus cemburu dgn dia?? bukankah sepatutnya saya bahagia melihat dia kembali tersenyum seperti dulu...??? Apapun, saya cuba mengawal perasaan walau pun sering kali air mata jatuh x tertahan menahan sedih dan perit bila melihatnya tersenyum. ntahlah, mengapa saya harus menangis melihatnya bahagia. Bukankah sepatutnya saya turut bahagia?........

'' AKU BENAR2 MERINDUKANNYA. RINDU INGIN MEMELUKNYA SEPERTI DULU.''

THE 2ND.....

ASSALAMUALAIKUM....

This is my 2nd blog to replaced the 1st. 

hope u enjoy..
:)