salam
Hey guys, Yeah, almost '' 2 weeks '' tak bersua kan. Urm, sebab focus ngan my mid term and now adelah masa relax and i still have another 2 months for my upcoming final and i will complete my diploma. InsyaAllah. weeewwwwwww! >.< memang penat sgt mid term kali ni sebab tgh demam. Tapi alhamdulillah, saya puas hati jawab 5 paper ni even x la confident sgt pun. Takut pulak nanti bila over-confident x dpt result yang baik memang hampa kan. hehe
Okaylah, paper last adalah hari jumaat lepas. Then lepas je paper, saya ikut kakak Ima balik kampung kat Bentong Pahang. Memang tak dirancang pun, tpi mungkin ini lah masa nak relaxkan badan. Malangnya baru semalam kat sana, dah kena demam balik and demam kali ni adalah demam paling teruk dalam sejarah hidup. Mana tak nyer, suhu badan sampai 39 darjah, dengupan jantung sangat kuat sampaikan bacaan tekanan darah pun tak dapat nak ukur. Doctor pun dah pelik, akhirnya ambik ujian darah sampai 2 kali. Hasil result menyatakan, sel darah putih dalam badan sangat tinggi. Lepas tu kena masukkan air pula satu tiub. Time tu, Ya Allah! fikiran sampai dah tak tentu arah, risau ada penyakit lain pulak. Then, untuk result darah beberapa hari kemudian, alhamdulillah sel darah putih dah normal. syukur sgt2.
SELAMA BERADA DI BENTONG, PAHANG.
4 hari berada di bentong memang tak puas. Bersama keluarga kak Ima yang sporting termasuk mak cikdan pak cik. Memang sedikit pelik sebab keluarga mereka yang agak besar dengan bilangan adik beradik seramai 10 orang, terdiri dari 9 perempuan dan seorang anak lelaki bongsu. Begitu contrast dengan bilangan adik beradik saya yang hanya ada 2 orang. Suasana riuh ketika berbuka memang terasa asing bagi saya. Maklumlah, anggota keluarga saya yang hanya 4 orang. Memang sangat best berada disana. Hati pun tersentuh bila lihat wajah mak cik dan pakcik, teringat kat mama dan ayah saya kat umah. Rindu rasanya, hampir setahun tak balik ke kampung halaman. Apetah Sambutan Raya kali ini pun saya tidak bersama keluarga. Sedikit terkilan, tapi just think positive. Ini semua pengorbanan, dan bukan saya seorang yang mengalami tetapi mungkin banyak lagi di luar sana.
p/s: terima kasih untuk keluarga kak Ima yang telah melayan karenah saya yang tengah demam selama 4 hari. Pengalaman ini memang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.
Malam ini kena packing barang pulak, ada kerja menanti untuk 3 hari. Ya Allah, semoga engkau memberi aku kekuatan untuk dapat menjayakan program esok dan seterusnya. Amin.
No comments:
Post a Comment